manusia awesome

Sunday, February 3, 2013

Masa kecil dulu (video)

Masa kecil dulu sudah lama tidak diupdate. Mohon maaf jika ada yang menunggu. Kesibukkan melanda bagaikan ombak besar yang deras menghempas pantai.(amboi)

Baiklah untuk menghilangkan tension kepada yang menunggu tu (jika ada) Ini aku hadiahkan masa kecil dulu versi video. Sebuah projek aku dan Penyamun Inc. Selamat mengenjoykan diri ya.
Klik link dibawah untuk menonton dengan gumbira di hati.
http://www.youtube.com/watch?v=gJMV7prYtbE

Tuesday, December 11, 2012

Masa Kecil Dulu (versi komik panjang)

           Masa kecil dulu aku bercita cita hendak jadi pelukis komik. Alhamdulillah cita cita aku itu tercapai. Ini adalah komik Masa Kecil Dulu yang aku lukis semasa menyertai cabaran 24 HOUR COMIS DAY 2012.
Aku cuba gabung gabungkan beberapa entry blog ini untuk dijadikan komik. Komik ini mengisahkah aktiviti aku masa kecil dulu. Apa yang aku buat dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Semoga terhibur. Assalamualaikum
 
 



















Thursday, August 16, 2012

Memori 77


       Masa kecil dulu selalu balik kampung (Muar) dengan menaiki bas ekspress. Sebelum menaiki bas pasti aku akan suruh mama belikan dulu aku majalah kartun untuk dijadikan peneman dalam perjalanan jauh. Di Puduraya ketika itu memang best sebab berderet kedai kedai menjual majalah.

     Antara majalah yang aku suka beli ketika itu ialah Gila gila, Gelihati, Humor, Gelagat. Tapi aku kena pilih salah satulah. Puaslah aku tercegat depan kedai mamak jual majalah sambil aku belek satu persatu untuk membuat pilihan yang tepat lagi mantap.

    Bas mula bergerak aku pun mulalah membaca majalah kartun kegemaranku itu. Belum pun setengah jam bas berjalan aku sudah rasa seperti mahu muntah. Begitulah setiap kali naik bas jika mahu jalan jauh. Tidak pernah dapat baca habis majalah yang aku beli. Akhirnya di kampung juga aku sambung 'study'

Saturday, August 11, 2012

Memori 76


Masa kecil dulu kalau berpuasa memang badan jadi sangat penat dan super malas. Lebih lebih lagi bila sudah petang petang sedikit. Rasa seperti tiada tenaga langsung. Mahu bergerak kemana mana pun berfikir banyak kali.

Jika aku mahu bergerak dari satu tempat ke tempat lain yang jaraknya tidak beberapa jauh, contohnya jika mahu menukar siaran tv (dulu tiada remote control) aku hanya akan bergolek golek di lantai. Begitu sekali tahap malasnya. Unta padang pasir pun tidak malas macam aku..

Friday, August 10, 2012

Memori 75


Masa kecil dulu kalau berpuasa benda pertama yang menghantui jiwa ialah rasa haus yang tiada tolok bandingnya. Baru pukul 10 pagi sudah rasa sangat kering tekak macam baru balik jongging.

Tapi aku yang bijak ini telah jumpa satu penemuan yang genius pada aku ketika itu. Penemuannya ialah 'minum tanpa batal puasa'. Dengar macam tidak logik saja bukan? Caranya sangat mudah. Tidak perlu modal pun, cuma perlukan skill individu sahaja.

Apa yang aku buat ialah aku akan kumpul air liur aku sebanyak mungkin dan kemudian aku akan telan dan hasilnya aku langsung tidak hilang haus. Malah lebih haus dari sebelumnya..
(Padan muka kau bop yang kecil.)

Maaf kalau cerita kali ini sedikit meloyakan. Sekadar bercerita kisah benar seorang budak bernama Bop.


Thursday, August 9, 2012

Memori 74


      Masa kecil dulu kalau hendak berpuasa memanglah sesuatu yang mustahil  bagi pemikiran logik aku ketika itu. Semasa berumur 6 tahun begitu aku mula diajar untuk berpuasa. Mama kata kalau tidak boleh puasa penuh, puasa setengah hari saja.

   Walaupun jarak masanya hanya sampai tengahari tetapi pada aku ketika itu rasa hidup ini sudah tiada ertinya lagi. Selepas bulan ramadhan pula jika kawan kawan bertanya aku puasa berapa hari, dengan keyakinan dicampur bongkak yang tidak berbelah bagi aku menjawab " aku puasa 15 hari"

      Macamana boleh jadi 15 hari? Katakan sebulan aku berpuasa setengah hari. Jadi setengah hari ini aku campurkan dengan setengah hari esoknya jadilah 1 hari. Kalau dicampur semua  sebulan dapatlah 15 hari. Pada aku ketika itu puasa setengah hari itu memang puasa yang betul betul. Kawan kawan lain hanya terkebil kebil memandang lubang hidungku yang kembang kuncup bangga tidak sudah.





Memori 73


Masa kecil dulu aku seakan ada sejenis penyakit misteri. Penyakitnya ialah aku tidak boleh lalu di depan peti ais. Dengar saja sudah pelik bukan? Apa akan jadi kalau aku lalu juga?

Jika aku lalu di depan peti ais pasti aku akan singgah dan buka peti ais tersebut dan menjengguk ke dalamnya. Walaupun aku tau di dalamnya tiada apa apa yang menarik tetapi aku hendak buat juga. Kadang kadang aku mengharap akan ada makanan atau minuman yang best muncul dengan tiba tiba bila aku buka. Dari kecil sampai ke besar suka berangan yang bukan bukan.


Tuesday, July 24, 2012

Memori 72


Masa kecil dulu secara tidak sengaja aku telah berjaya memanjat pintu hingga ke atas sekali. Aku begitu kagum dengan diri aku ketika itu. Pada aku itu sesuatu yang luarbiasa dan orang lain mungkin tidak mampu untuk lakukan. Mulalah aku beranggapan aku ada superpower dan mampu untuk jadi superhero bila aku besar nanti. Rupa rupanya ramai lagi kawan kawan aku yang mampu buat. Benci betul.

Sunday, May 20, 2012

Memori 71


Masa kecil dulu antara perkara yang dapat memberi ketenangan pada aku ialah meniarap atas lantai simen. Terasa nyaman dan sejuk sekali.

Mama pasti akan marah jika ternampak aku buat aktiviti ini. Kata mama tidak bagus untuk kesihatan jika baring atas lantai simen yang tidak beralas. Seperti kebiasaan budak budak aku tetap degil dan akan buat jika ada kesempatan.

Sorry mama..

Memori 70


Masa kecil dulu telur goreng adalah antara lauk wajib aku. Pada aku apasaja makanan yang berkaitan telur ayam adalah sangat sedap

Semasa makan nasi berlauk telur goreng tidak kiralah telur dadar atau telur mata kerbau,aku pasti akan rasa sayang mahu menghabiskan lauk itu kerana kesedapannya yang amat sangat itu. Aku hanya akan makan sedikit sedikit sahaja dan selebihnya aku hanya letak di tepi pinggan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menikmati telur goreng tersebut sebagai penutup hidangan.

Kini aku sudah tidak buat kerja seperti itu lagi. Tetapi telur goreng tetap lauk yang sangat sedap dihatiku.

Saturday, May 12, 2012

Memori 69


Masa kecil dulu kalau naik kereta malam malam pasti akan rasa suspen sikit. Mana tidaknya sepanjang perjalanan aku nampak bulan mengikuti kereta aku. Entah kenapa aku rasa begitu aku pun tidak pasti.

Lagi satu jika pulang ke kampung kami akan melalui jalan yang kiri kanannya hutan yang banyak pokok pokok. Bila berjalan laju pokok pokok itu juga aku nampak seakan mengejar kereta kami.

Memori 68


Masa kecil dulu aku berasa sedikit pelik bila siaran tv tamat. Ouh ya, dulu dulu siaran tv tiada 24 jam seperti sekarang. Sebelum pukul 12 semua siaran akan tutup kedai.

Apa yang memelikkan aku ialah bila siaran tamat akan keluar entah apa logo/gambar pun aku tidak pasti. Pada pemikiran logik aku ketika itu jika siaran sudah tamat kenapa perlu ada logo itu? Kenapa tidak gelap saja. Sebenarnya sampai sekarang aku tidak pasti apa fungsi logo itu. Jadi aku mula membuat andaian yang pandai pandai. Teori aku ketika itu ialah, mungkin siaran sebenarnya tidak tamat lagi. Dan mungkin jika aku tunggu lebih lama akan keluar cerita yang best best. Mungkin yang ganas ganas dan tidak sesuai untuk budak budak menontonnya. Jadi aku pernah juga menunggu untuk kepastian.

Tapi apa yang aku dapat dari hasil penungguan itu ialah mata yang berpinau kerana terlalu lama melihat logo itu

Friday, May 11, 2012

Memori 67


Masa kecil dulu aku sering dimarah mama kerana sering mengenyit-ngenyitkan mata. Ianya memang sesuatu yang pelik kerana perbuatan itu akan berterusan.

Jika aku mula mengenyitkan mata kiri aku akan rasa tidak puas hati jika mata kanan tidak dikenyitkan. Dengan segera aku akan mengenyitkan kanan pula. Ok sekarang perasaan tidak puas hati itu datang lagi bila mata kiri pula rasa seperti perlu dikenyitkan dan begitulah seterusnya. Ya, ianya memang sesuatu yang pelik dan memelikkan. Agak lama juga aku melakukan aktiviti yang aku sendiri tidak faham mengapa ianya terjadi. Lama kelamaan aku berjaya membuang tabiat pelik ini bila mama telah marah aku dengan bertubi tubi. Alhamdulillah. Terima kasih mama.

Jika hingga besar aku masih berperangai begitu sudah pasti aku akan dicop mata keranjang oleh wanita seluruh dunia.

Wednesday, March 21, 2012

Memori 66



Masa kecil dulu kalau naik kereta mesti buka tingkap kerana rata rata kereta dulu tidak ada air cond. Sebagai kanak kanak aku akan pastikan setiap benda yang aku buat itu dapat menghiburkan diri aku. 

Begitu juga ketika sedang menaiki kereta. Apabila kereta sudah mula bergerak dengan laju aku akan keluarkan sebelah tanganku keluar tingkap dan aku mula membuat aksi lagak ngeri yang sangat seronok. Aku akan lalukan tangan aku di celah celah angin ketika kereta sedang laju. 

Pergerakkannya kadang kadang seperti ular pun ada juga aku tengok. Tapi bila tengok sekali lagi sudah seperti penari tradisional pula.

Wednesday, February 15, 2012

Memori 65


Masa kecil dulu jika baring meniarap aku amat berhati hati sekali. Kerana menurut beberapa kawan kawan aku jika kita meniarap jangan sesekali kita angkat kedua belah kaki kita ke atas.

 Jika dilakukan juga kedua ibu bapa kita boleh meninggal. Kadang kadang bila sudah terlalu leka membaca komik aku tidak sedar yang kaki aku bukan saja terangkat malah bergoyang goyang dengan penuh riang ria. Pada ketika itu aku punya panik hanya Allah yang tahu.

Memori 64



Masa kecil dulu tiada siapa berani menuding jari kepada pelangi. Kononnya jika kita tunjuk pelangi mengunakan jari nanti boleh membuatkan jari kita jadi kudung.

Dulu jika mahu tunjuk pelangi aku hanya akan memuncungkan bibirku yang seksi ini ke arah pelangi itu. Sekarang apabila sudah dewasa jika aku menuding jari ke arah pelangi akan ada sedikit perasaan pelik. Mungkin masih terbawa bawa perasaan takut semasa kecil dulu.

Thursday, January 26, 2012

Memori 63


Masa kecil dulu aku suka bercakap di depan kipas yang sedang berputar laju kerana ia akan menukarkan tone suara kita kepada satu tone suara yang cool. Bila bercakap adalah dialog dialog spontan yang konon kononnya best keluar dari mulut aku yang berbibir tebal itu.

Anda boleh cuba aktiviti ini untuk mengisi masa lapang. Tapi janganlah bercakap terlalu dekat takut bibir anda akan terkena kipas yang berputar laju itu. Pasti tidak seronok perasaannya jika terkena.  Selamat mencuba dan selamat beramal.

Thursday, January 19, 2012

Memori 62

Masa kecil dulu ketika hari jadi aku semakin hampir kalau ditanya mahu hadiah apa, aku pasti tidak dapat memikirkan hadiah lain selain majalah kartun/komik.

 Pada aku itu sudah cukup mengembirakan budak kecil berkening lebat seperti aku ini. Dulu majalah kartun/komik adalah antara benda yang jarang aku dapat beli kerana ianya boleh dikirakan sebagai mahal juga untuk keluarga aku untuk dibeli selalu.
Majalah kartun paling aku gemar dulu tidak lain dan tidak bukan ialah Gila Gila.

P/S. Memori 62 ini aku buat pada hari lahir aku yang ke 33 tahun.