manusia awesome

Wednesday, January 11, 2012

Memori 61


Masa kecil dulu aku ada sebuah basikal BMX berwarna kuning. Mula mula baru hendak belajar tunggang basikal aku menggunakan 2 roda kecil tambahan yang dipasang pada bahagian belakang basikal.

Ianya supaya aku tidak perlu imbangkan basikal untuk mengayuh kerana dia tetap akan berdiri tegak walau apa keadaan melanda. Apabila sudah pandai sedikit berbasikal salah satu roda kecil itu akan ditanggalkan.Kiranya pembelajaran ke peringkat seterusnyalah. Mula mula agak sukar juga kerana perlu mengimbang imbangkan basikal dari terjatuh.

 Tetapi apabila sudah mahir dan dapat mengayuh penuh yakin entah kenapa tiba tiba aku rasa seperti aku sudah dewasa hanya kerana aku menggunakan sebelah saja roda kecil itu. Lalu depan kawan kawan pun dengan hidung yang boleh tahan kembang.

2 comments:

notorious_kill-joy said...

4 roda....
3 roda....
2 roda....

*aku tetap rasa 3 roda lagi susah drp 2 roda sbnrnya..

Anonymous said...

disebabkan belajar benda nilah buat aku jatuh longkang ;D..
nice memory.. hehe