manusia awesome

Wednesday, February 15, 2012

Memori 65


Masa kecil dulu jika baring meniarap aku amat berhati hati sekali. Kerana menurut beberapa kawan kawan aku jika kita meniarap jangan sesekali kita angkat kedua belah kaki kita ke atas.

 Jika dilakukan juga kedua ibu bapa kita boleh meninggal. Kadang kadang bila sudah terlalu leka membaca komik aku tidak sedar yang kaki aku bukan saja terangkat malah bergoyang goyang dengan penuh riang ria. Pada ketika itu aku punya panik hanya Allah yang tahu.

12 comments:

mimiemo_kpop said...

Waktu kecil-kecil dulu,Mak pun ada pesan jangan buat camtu pasal membuatkan kita seperti berdoa menggunakan kaki.

Bophairy said...

apa sebab sebenarnya ya?

Anonymous said...

sebenarnye..itu bkn kepercayaan karut..itu adalah cara lain orang tua memberi nasihat..dan cara mereka itu sebenarnya relevan hingga skang, utk kanak2 tidak mengulangi perbuatan tu..

itulah teguran cara org melayu..dan cara itu sangat cool sebenarnya..dan hanya org melayu memahaminya..

Bophairy said...

thank you

Bophairy said...

err..tapi apa keburukan dari perbuatan tu?

Anonymous said...

just tak sopan je buat mcm tu.

notorious_kill-joy said...

kedudukan mcm tu akan compress paru2 dan tulang rangka..so x elok..lagi2 ntok budak2

Bophairy said...

angkat kaki macam tu akan compress dan tulang rangka?

Anonymous said...

haha..btul la.mak cik ak pn penah tegur jgn angkt kaki mcm tu.tpi kdng2 terlupa gak lepas tu mula la menyesl..hkhk

ainzoo said...

mak aku kata, perbuatan macam tu secara rasionalnya mmg tak sopan.
try bayangkan kalau kita buat macam tu masa pakai kain batik atau kain pelikat? nak2 kalau ada pulak orang yang tengah baring kat belakang kaki tu.. nampak ehem2 pulak kan? err.. ;-)

mmg la budak2 tak pakai kain masa kekecik sbb tak tau nak ikat/gulung.
tapi, bila perbuatan masa kecik tu tak dilarang, ia akan jadi kebiasaan sampai kita dewasa. once dah dewasa, kalau tak pakai kain batik, tapi, sure ada yang pakai baju kelawar kalau kat rumah..kan? so..paham2 la kan..

lagi satu, kalau pakat tracksuit pun, buat gaya2 mcm tu kat depan mak/pak mertua, amat la kureng seswai... sopan santun kena jaga walau kita sorang2.. halusnya tatasusila melayu.. :)

Tengku Puteri said...

masa kecik dulu,mak saya pun selalu pesan jangan goyang kaki mcm tuh...

nurdani said...

sama la. sangat berhati-hati bab kaki. takut terangkat. bila melibatkan mak ayah ni..haih... takut. hehe