manusia awesome

Saturday, May 12, 2012

Memori 68


Masa kecil dulu aku berasa sedikit pelik bila siaran tv tamat. Ouh ya, dulu dulu siaran tv tiada 24 jam seperti sekarang. Sebelum pukul 12 semua siaran akan tutup kedai.

Apa yang memelikkan aku ialah bila siaran tamat akan keluar entah apa logo/gambar pun aku tidak pasti. Pada pemikiran logik aku ketika itu jika siaran sudah tamat kenapa perlu ada logo itu? Kenapa tidak gelap saja. Sebenarnya sampai sekarang aku tidak pasti apa fungsi logo itu. Jadi aku mula membuat andaian yang pandai pandai. Teori aku ketika itu ialah, mungkin siaran sebenarnya tidak tamat lagi. Dan mungkin jika aku tunggu lebih lama akan keluar cerita yang best best. Mungkin yang ganas ganas dan tidak sesuai untuk budak budak menontonnya. Jadi aku pernah juga menunggu untuk kepastian.

Tapi apa yang aku dapat dari hasil penungguan itu ialah mata yang berpinau kerana terlalu lama melihat logo itu

4 comments:

Keri said...

haha.. logo tu paling aku benci. dahla pening bila tengok lama2.. bunyi dia pulak sakit telinga

nurdani said...

logo jam kan? haha. berwarna warni

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

a'a terpikir jugak logo tu macam tak sesuwaii je untuk diketak sebagai tamat siaran..macam anoyying je..huhu

izham said...

logo itu adalah logo standard untuk orang technical broadcasting. termasuk telekom di pencawang2 yang memancar kan radio frequency tu, untuk test screen dia ok atau tidak. setiap warna tu semua dorang boleh check.