manusia awesome

Thursday, August 16, 2012

Memori 77


       Masa kecil dulu selalu balik kampung (Muar) dengan menaiki bas ekspress. Sebelum menaiki bas pasti aku akan suruh mama belikan dulu aku majalah kartun untuk dijadikan peneman dalam perjalanan jauh. Di Puduraya ketika itu memang best sebab berderet kedai kedai menjual majalah.

     Antara majalah yang aku suka beli ketika itu ialah Gila gila, Gelihati, Humor, Gelagat. Tapi aku kena pilih salah satulah. Puaslah aku tercegat depan kedai mamak jual majalah sambil aku belek satu persatu untuk membuat pilihan yang tepat lagi mantap.

    Bas mula bergerak aku pun mulalah membaca majalah kartun kegemaranku itu. Belum pun setengah jam bas berjalan aku sudah rasa seperti mahu muntah. Begitulah setiap kali naik bas jika mahu jalan jauh. Tidak pernah dapat baca habis majalah yang aku beli. Akhirnya di kampung juga aku sambung 'study'

8 comments:

Azhar Ibrahim said...

Membaca dalam keadaan kenderaan bergerak memang kelemahan aku jugak..... T_T

ainzoo said...

la. ko org muor gak rupenye ek? ehehe
aku lain pulak. bas lum gerak tayar pun aku dah hanyut. sedar2, drebar laung `Muo Muo .. tak turun aku truskan jalan`.. hehe

Keri said...

aku klu naik bas mesti mata terus layu dan tertido. takleh nak baca2 ni. 10 minit yg pertama bolehla. smpai besar pn camtu

Unknown said...

gua sampai skang muntah

Naing Ismail. said...

HAHAHA. Samalah, dari kecik sampai sekarang mesti pening-pening nak muntah.

razzwey razz said...

mujurlah aku terkecuali dari allergic baca buku dalam kenderaan... aku leh abihkan satu buku... hohoho

Unknown said...

Bila lagi nak disambung cerita memori seterusnya?

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh,akk sbnrnya google cr tutorial guna wacom bamboo tp trs tlekat bc komik kt sini hehe.akk pun org muar juga,masa blk kg sorg2 naik bas nk jmp nenek di muar,seronok ms nak pilih mjlh komik apa nk bc dlm bas,sampai abah bising "pilih komik mengalahkan nk pilih buku rujukan".

smeua mjlh tu mmg sy baca,yg best abah pun tmpg sekaki dan x miss belikan sy gila2.bc komik buatkn kita kreatif ^*