
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Saturday, December 3, 2011
Memori 41
Masa kecil dulu aku sangat suka makan kuih kacang. Kuih kacang ini banyak dijual di kedai kedai runcit dengan harga 5 sen sebiji kalau tidak silap aku. Aku tidak tahu nama sebenar makanan itu. Mama mengelarkannya kuih kacang jadi nama itulah yang aku guna hingga kini.
Selalunya mama akan belikan dalam 5 atau 6 biji untuk aku. Tetapi 5,6 biji itu tidak aku habiskan sekali gus kerana aku sayang mahu habiskan makanan yang sedap. Jadi aku akan makan sedikit dan kemudian simpan. Tidak lama selepas itu baru aku akan makan balik dan begitulah seterusnya.
Sekarang mama masih belikan untuk aku. Jika pergi ke rumah beliau selalunya akan ada kuih kacang ini. Jika dulu mama belikan aku 5 atau 6 biji tapi kini mama belikan satu balang terus. Terima kasih mamaku yang comel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kuih mazola yg bulat2 tu ek? dulu 3 biji seposen.
rasanya kot..hehe
tau2!!!!! dulu selalu beli RM2 masa pulang dari sekolah (sekolah rendah) dan kena habiskan seblum sampai rumah (nanti ibu marah)owh sedapnya!!!!
sedap giler kan...haha
tau xpe. tp ttp kena beli kt kedai runcit gak baru best. hahaha
Post a Comment