
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Friday, December 16, 2011
Memori 50
Masa kecil dulu aku tidak suka makan ikan. Menu kegemaran aku dulu ialah kicap, telur mata kerbau dan telur dadar. Pada aku itulah lauk yang paling sedap atas muka bumi ini. Tapi oleh kerana mama seorang yang bijak dia telah mencipta nasi kepal. Apa itu nasi kepal? Mari aku cerita..
Ketika hendak menyuapkan aku makan mama akan mengepal ngepalkan dulu nasi bercampur dengan ikan dan kicap. Bila nasi sudah dikepal aku menjadi teruja untuk makan kerana suka melihat bentuknya yang seperti bola itu. Bila sudah selesai makan baru tahu ada ikan di dalamnya. Sejak dari itu aku mula menambah ikan goreng sebagai salah satu menu aku. Terima kasih mamaku yang genius
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
utk aku pulak, mmg mak buatkan kepal2 cmtu jugak.
bila dh smpi masanya utk biasa2kn aku makan sendiri, mak aku buatkan kepal2 tu version comel2 keliling pinggan (mcm onde2 atau buah melaka) (nasi+ikan) (dlu2 susah aku sekuarga untuk makan ayam or daging). mak buat cmtu sbb dia pun xmenang tgn krn masa tu adik2 aku yg lain pun perlu diuruskan. lg ppulak, mak tak mau aku tercekik tulang ikan masa makan.
huhu..kasihnya ibu..bergenang mata aku setiap kali tringat scene ni.(*mode: kelip2 mata*)
itu lah perngorbanan ibu yang sentiasa mendahulukan anak anaknya..sayangilah ibu anda semua :D
masa kecik tak berapa suka makan nasi kepal.. tapi bila dah beso macam nie tiba tiba suka plak makan Nasi Kepal Jepun - Onigiri.. payah payah
Post a Comment