
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Friday, December 16, 2011
Memori 51
Masa kecil dulu untuk pertama kalinya mama bawa aku pergi menonton wayang. Aku yang langsung tidak ada pengetahuan apa itu wayang pada ketika itu hanya mengikut sahaja ibubapaku masuk ke dalam bilik gelap yang banyak kerusi itu. Tiba tiba terpampang di depanku sebuah skrin besar yang membuat aku berkata dalam hati "Fuyoo.. Besarnya tv ni".
Mula saja cerita ditayangkan aku nampak pelakonnya semua berbangsa cina dan semasa pelakon utamanya muncul mama terus memperkenalan pada aku yang itu ialah Jackie Chan. "Jackie Chan? Siapa tu? Kenapa mama perlu kenalkan aku pada Jackie Chan?" Semakin lama aku menonton ceritanya menjadi rancak dan pelbagai aksi berlawan yang belum pernah aku tonton sebelum ini.
Ianya sungguh membuat aku kagum dan itulah kali pertama aku dikenalkan dengan martial art. Ditambah pula dengan kehebatan luarbiasa Jackie Chan ianya terus membuat aku menjadi peminat martial art hingga kini. Selesai saja menonton baru aku faham kenapa mama memperkenalkan aku pada Jackie Chan. Cerita yang pertama kali aku tonton di wayang itu tidak lain dan tidak bukan ialah PROJECT A.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment