
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Wednesday, December 21, 2011
Memori 55
Masa kecil dulu jika ke kedai runcit ada satu aktiviti yang aku suka lakukan. Aktiviti ini aku lakukan secara senyap senyap. Mama pun tidak tahu tentang aktiviti aku yang satu ini. Bunyi seperti buat perkara jahat sahaja bukan?
Jangan salah faham, sebenarnya jika ke kedai runcit aku sangat suka memasukkan kepala aku ke dalam peti sejuk ais krim dan kemudian menarik nafas di dalamnya. Aku tidak tahu apa sebabnya tetapi aku sangat suka pada bau dan kesejukkan dalam peti itu. Kalau boleh rasa seperti mahu tinggal di dalamnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bop, penah tak dulu2 mak awak eja 'pergi kedai' dalam jawi sbb x nak awak ikut?
Haha... itu adik aku punya kja.aku tukang cover line ..kui kui kui
@Luna: ye..itu la yg mak ayah saya buat kat adik2 (bukan kat saya..sbb sy ditugaskan menjaga adik bila mak ayah keluar dr rumah). Eja2 jawi spy adik tak tau pergerakan mak ayah.kalau tak , kompom dia melalak hentak2 kaki nk ikut. :P
Sekarang, adik saya tu pun dh besar dah..baru timang cahaya mata.. hmmm..all those day :)
LUNA- tak pernah..sebab saya budak baik jadi mama selalu ajk pegi kedai..paling kuat pun saya mintak kuih kacang je..haha
AINZOO-subahat dgn adik..haha
Post a Comment