
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Sunday, December 25, 2011
Memori 57
Masa kecil dulu ketika berumur 5 tahun kami sekeluarga tinggal di rumah bawah. Beberapa kali juga rumah aku di naiki air ketika hujan lebat dan menjadi sedikit banjir.
Walaupun banjir sudah beransur surut tetapi masih ada air bertakung di sudut sudut rumah. Pada pandangan aku pada ketika itu air takungan itu nampak seperti pantai dan air laut. Aku pun tanpa melepaskan peluang terus membuat renang gaya bebas di air yang cetek itu.
Pada waktu itu laut dan pantai hanya aku pernah tengok di dalam tv jadi terpaksalah aku meminta bantuan imaginasi untuk merasa untuk mandi laut. Kasihan budak Bop itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment