
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Sunday, December 18, 2011
Memori 53
Masa kecil dulu jika ternampak saja kereta 'wak segan'(volkswagen) pasti aku dan kawan kawan akan berebut rebut meletakkan tangan di dahi dan berkata 'Kunci!'
Siapa yang lambat 'kunci' atau tidak perasan yang kereta 'wak segan' berada berhampiran pasti dahi dia akan ditepuk oleh kawan kawan lain. Aku pun tidak pasti dari mana asal usul permainan yang tidak berfaedah ini tetapi yang nyata kami semua akan bermain secara automatik jika ternampak kereta jenis itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
wak segen *nada jowo*
menarik gak game tuh..hurm...
dasyat.. dari mana la datangnya idea kreatif itu..hehe
hehe..banyak jugak permainan yg tak tau asal usul ni..tau2 dah main je
oo kitorg kalau nampak Singh baru sebut kunci ..letak penumbuk kat dahi, pusing2 sikit (konon kunci ketat2 la)
saya pun dok pk sapa la pengasas game nih..apa motif pun tatau..
kat sini kami sebut "chop off" dan ketuk kawan kalau nampak kereta kura(wak segan), kereta mini, singh. pastu melarat untuk sebarang abjad ataupun nombor double( AA, CC, 77, ...)selalunya no pendaftaran kenderaan. dalam 'permainan' ni kalau kawan dah sebut "off" tak boleh ketuk dah. asal usul??? tak tau.
masa kekecik memang best.. hahahahha
dulu org2 kat penang akan sebut "Chup" Smbil sentuh kwn2 yg ada sebelah... klu nmpk benda pelik2 la... hehehe
Post a Comment