
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Monday, December 5, 2011
Memori 43
Masa kecil dulu jika membaca aku pasti akan membaca dengan mengeluarkan suara. Mama selalu berpesan supaya membaca dalam hati kerana agak pencemaran bunyi bila suara aku yang nyaring ini membaca.
Aku berasa sangat pelik kerana aku tidak faham apa itu 'membaca dalam hati'. Puas juga aku memaksa hati aku untuk membaca tetapi menemui kegagalan. Tidak lama kemudian tanpa aku memaksa dengan sendirinya aku dapat membaca dalam hati. Baru puas hati aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
lol, sy baca dgn kuat smpi skrg! especially, klu benda2 ilmiah. bace dlm hati tk masuk. hehehe
Hehe. Tapi betul kalau baca mcm tu lebih melekat diotak.
hhahah...same le...bce kuat2..lgi2 komik kt surat kabar...sampai jiran sebelah dtg umah puji2 die ckp "waahhh...dh pandai bce cm tu le...hahaha"...
Masa kecil dulu kira tergolong dalam budak2 yang cepat belajar membaca dalam hati. Teringat pada kawan yang cakap saya baca tipu2 hanya sebab saya tak baca kuat-kuat macam budak2 lain. Hehe.
Post a Comment