
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Tuesday, December 13, 2011
Memori 49
Masa kecil dulu Spider-Man adalah antara superhero yang paling aku suka. Spider-Man mendapat kuasa istimewanya selepas dia digigit oleh seekor labah labah radioaktif. Tetapi pada minda muda aku yang masih tidak faham apa apa pada ketika itu menganggap dia hanya digigit oleh seekor labah labah biasa.
Pada suatu hari aku mendapat idea yang konon kononnya bijak. Aku fikir kenapa tidak biarkan tangan aku digigit oleh labah labah dan kemudian dapatlah aku superpower seperti Spider-Man. Apabila terjumpa saja labah labah terus sahaja aku menghulurkan tangan aku untuk digigit. Selepas itu aku terus cuba meletakkan tapak tangan aku pada dinding dan kemudian tarik perlahan lahan tetapi malangnya tangan aku langsung tidak melekat.
p/s- Sebenarnya labah labah itu tidak mengigit pun jari aku. Ia sekadar berjalan di atas jari aku. Aku anggap sajalah dia sudah gigit aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment