
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Sunday, December 18, 2011
Memori 52
Masa kecil dulu aku sangat suka bermain dengan bubble warp. Keupayaannya untuk meletup apabila dipicit sangat menghiburkan hati aku. Jika hanya memicit dengan jari pasti ia akan membosankan jadi aku juga cuba beberapa kaedah lain.
Antara kaedahnya ialah memijak bubble wrap itu menggunakan tumit kaki dan memulasnya seperti sedang memulas/memerah baju basah yang mahu disidai di ampaian. Paling seronok sudah tentulah teknik memulas kerana bunyi letupannya akan bertalu talu seperti mesin gun.
p/s- Pada yang tidak pasti apa itu bubble warp, ia adalah plastik yang mempunyai banyak bulat bulat kecil yang selalunya digunakan untuk membungkus barang barang eletronik. Maaf aku tidak pasti apa namanya didalam bahasa melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
same la... =D
sama la, tapi ntah kenapa, tabiat tu masih ada. pantang jumpalah. tangan ni otomatik akan cubit plastik tu. adoii.
pulas macam perah baju tu memang best. rasa geram ja
hahahaha. saya pun skrg msih buat bnde ni!! :DD
guling2 atas bubble wrap yg besar, guna bubble wrap mcm guni pastu race ngan kakak....wahaha! bubble wrap yg awesome!
hehe..bubble wrap ni memang antara benda yg kita akan main sampai ke tua..haha
kill joy punya version mesti selalu lebih xtreme dari org lain..hehe
dlm tong biskut pun ada :D
saya dulu cakap benda ni , ' letop . letop ' hahaha ~~
Post a Comment