
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Friday, December 9, 2011
Memori 46
Masa kecil dulu jika aku ingin turut bermain dengan abang abang yang lebih dewasa dari aku pasti mereka akan berkata "Ok, Kau main' ta ya pa wau' je bob". Pada mulanya aku langsung tidak tahu apakah maksud 'ta ya pa wau' itu. Tetapi oleh kerana hendak turut bermain aku iyakan saja. Jangan salah faham ianya langsung tidak ada kena mengena dengan tayar ataupun permainan wau bulan.
Ta ya pa wau ini sebenarnya lebih kurang bermaksud kita menjadi 'pemain tipu'. Apa saja yang terjadi kepada pemain 'ta ya pa wau' ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada permainan. Senang cakap pemain yang tidak penting langsung sekadar memeriahkan permainan saja. Selalunya budak budak kecil yang belum dianggap mampu untuk bersaing dengan mereka yang dewasa akan menjadi pemain 'ta ya pa wau'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kalau aku, istilahnya dipanggil `lelong`. cth: main getah yang lompat2 tu (biasala ..budak pempuan :) )..
so, Lelong ni dibolehkan main utk kedua2 pasukan .. bantu kedua2 pasukan untuk dapatkan markah...senang cerita, si Lelong ni ala2 talam dua muka& lalang..haha.
Tapi aku mmg selalu je jadi Lelong ni..sbb aku xsuka main & pastu kalah&tengok permainan kumpulan lawan sambil berdoa dalam ati supaya cepat2 sampai turn kumpulan kita.
Dengan cara menjadi Lelong, aku boleh main tanpa henti & xkisah kumpulan mana yang menang sebab apa yang terjadi pun, si Lelong akan kecap kejayaan tu bersama2 dg kumpulan `tumpangannya`..
Boleh gotew? hihi
haha..lelong ni aku memang ak pernah dengar lagi..
Kalau budak2 yg paling muda main, aku panggil dia 'main olok-olok' je. . .
haha.dulu2 x tau eja ta ya pa wau tu ada yang sebut 'talipawau'
bukan anak keladi kew ???
lain tempat lain gelarannya kot..
Post a Comment