manusia awesome

Friday, December 9, 2011

Memori 46


Masa kecil dulu jika aku ingin turut bermain dengan abang abang yang lebih dewasa dari aku pasti mereka akan  berkata "Ok, Kau main' ta ya pa wau' je bob". Pada mulanya aku langsung tidak tahu apakah maksud 'ta ya pa wau' itu. Tetapi oleh kerana hendak turut bermain aku iyakan saja. Jangan salah faham ianya langsung tidak ada kena mengena dengan tayar ataupun permainan wau bulan.

Ta ya pa wau ini sebenarnya lebih kurang bermaksud kita menjadi 'pemain tipu'. Apa saja yang terjadi kepada pemain 'ta ya pa wau' ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada permainan. Senang cakap pemain yang tidak penting langsung sekadar memeriahkan permainan saja. Selalunya budak budak kecil yang belum dianggap mampu untuk bersaing dengan mereka yang dewasa akan menjadi pemain 'ta ya pa wau'.

6 comments:

ainzoo said...

kalau aku, istilahnya dipanggil `lelong`. cth: main getah yang lompat2 tu (biasala ..budak pempuan :) )..

so, Lelong ni dibolehkan main utk kedua2 pasukan .. bantu kedua2 pasukan untuk dapatkan markah...senang cerita, si Lelong ni ala2 talam dua muka& lalang..haha.

Tapi aku mmg selalu je jadi Lelong ni..sbb aku xsuka main & pastu kalah&tengok permainan kumpulan lawan sambil berdoa dalam ati supaya cepat2 sampai turn kumpulan kita.

Dengan cara menjadi Lelong, aku boleh main tanpa henti & xkisah kumpulan mana yang menang sebab apa yang terjadi pun, si Lelong akan kecap kejayaan tu bersama2 dg kumpulan `tumpangannya`..
Boleh gotew? hihi

Bophairy said...

haha..lelong ni aku memang ak pernah dengar lagi..

Nieyzar said...

Kalau budak2 yg paling muda main, aku panggil dia 'main olok-olok' je. . .

Luna said...

haha.dulu2 x tau eja ta ya pa wau tu ada yang sebut 'talipawau'

mEre HuMan Like Me said...

bukan anak keladi kew ???

Bophairy said...

lain tempat lain gelarannya kot..