manusia awesome

Friday, December 2, 2011

Memori 40


Masa kecil dulu selain menonton tv3 aku juga selalu menonton rancangan rancangan dari RTM, kerana dua stesen tv itu sajalah yang wujud pun pada ketika itu.

Setiap kali dalam perjalanan pergi ke rumah mak cik aku di Shah Alam pasti aku akan ternampak Angkasapuri dari dalam kereta. Mama seperti biasa akan memberi info info yang dia tahu kepada aku. "kalau Bop nak tau ini angkasapuri. Dekat sinilah stesen tv RTM" Begitulah lebih kurang kata kata mama.

Jadi minda muda aku mulalah membuat teori sendiri tanpa merujuk kepada sesiapa dan hasilnya aku merumuskan di dalam Angkasapuri terdapat semua pelakon dan penyanyi Malaysia berkumpul kerana RTM banyak menyiarkan drama dan rancangan hiburan. Fikir aku lagi jika aku masuk ke dalam Angkasapuri pasti aku akan dapat berjumpa dengan mereka semua. Wow! Bestnya.

3 comments:

Luna said...

saya ni sampai ke tua2 ni tak penah pegi Angkasapuri. masa kecil dulu mmg teruja terutama zaman bendera terbesar direntangkan di sana.

Bophairy said...

saya pernah la jugak pegi 2,3 kali itu pun atas sebab keje.. Akhirnya merasa jugak pergi Angkasapuri..haha

ainzoo said...

hahaha... apsal aku pun PK benda yang sama mcm ko?
siap simpan duit belanja sekolah tu..sikitdemi sikit..utk beli buku autograf (yang bau wangi2 & gambar puteri2 kartun comel serta berkulit tebal tu)..tggu bila cikgu akan buat rombongan g KL & masuk angkasapuri..semata2 nk jumpa artis..tah pape tah..hahaha