manusia awesome

Monday, December 5, 2011

Memori 42


Masa kecil dulu jika mahu tahu apa isi kandung cerita dalam sesebuah komik aku selalu memaksa mama tolong bacakan. Ketika aku sudah mula mampu membaca dengan sendiri aku rasa dunia ini cukup indah sekali. Indah kerana aku sudah boleh ketahui isi cerita dalam komik tanpa bantuan mama lagi.

Jadi tidak perlu tunggu mama habis memasak untuk ketahui isi cerita komik yang aku mahu baca. Pengertian membaca sendiri untuk seorang budak kecil yang sangat minat komik adalah sangat sangat besar. Umpama mendapat hadiah yang sangat hebat.

2 comments:

notorious_kill-joy said...

betul!!!!!rasa dunia ni sendiri yg punya. hahahaha. best betul. nasib baik x malas belajar membaca dulu

Bophairy said...

haha..kann