
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Friday, November 11, 2011
Memori 13
Masa kecil dulu kalau bermain ada saja yang suka main pukul pukul kepala. Pada ketika itu kepecayaan aku dan kawan kawan aku jika kena pukul kepala boleh membuat kita jadi bodoh.
Tapi jangan risau kerana ada cara untuk mengatasi masalah itu. Jika kepala dipukul atau ditampar, cepat cepat ketuk di bawah dagu berulang ulang kali. Pada aku kelakuan itu agak pelik dan aku tidak faham bagaimana dengan mengetuk dagu boleh menyelamatkan keadaan.
Dalam aku berfikir begitu tangan aku tetap mengetuk ngetuk dagu kalau kepala aku dipukul. Risau juga jadi bodoh. Takut bila besar nanti tidak boleh kahwin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
saya lak ketuk dagu untuk betulkan balik kedudukan kepala
ahahhahahaaa.. aku pun buat gak dlu mende ni.. sbb takut jd bodoh.. miahaha
haha betul2..nak bagi naik balik kepala yg kena luku tu kot.
aahhhaaa...alku tergelak lagi..kui kui kui..ingatkan, aku & geng2 aku je wat camtu..:)
Post a Comment