
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Saturday, November 12, 2011
Memori 15
Masa kecil dulu minum air panas seperti milo dan teh adalah antara aktiviti yang menyeronokkan pada aku. Bukan seronok sebab rasanya, tapi seronok dengan teknik minum yang digunakan.
Aku adalah jenis budak yang tidak sabar. Jadi jika air sedang panas memang agak mutahil untuk aku minum terus tanpa mencederakan kerongkong. Hendak tunggu air itu menjadi sejuk agak memakan masa. Jadi mama aku telah ajar satu teknik yang sangat berkesan untuk membuat air itu cepat sejuk dan boleh diminum tanpa perasaan segan silu. Caranya ialah tuangkan air panas itu ke dalam piring dan kemudian ditiup tiup sekejap ia pun akan menjadi tidak berapa panas dan kemudian bolehlah diminum dengan penuh rasa bahagia.
Tapi jangan pula letak piring itu di lantai dan minum. Sudah seperti kucing pula. Angkatlah piring itu dengan penuh tatasusila dan hirup perlahan lahan dan rasailah kenikmatannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
kecik2 dlu slalu bt mcm nie...
nnek la yg ajar...
mmg ske bt mcm 2..
smpaikan lau air dlm jag dh sjuk, mntak nenek tmbah air panas...sbb nk minum mcm 2..
pas 2 kne mrah dgn nenek sbb tumpahkan air 2...huhuhu
kalau ikut ayah (arwah) minum di kedai, mesti dia buat begitu dan tiupkan sampai agak suam untuk sy hirup~
hehe..siap mintak nenek tambah air panas lagi..
kill joy- sama la kita :D
kecik2 dlu mcm 2 la...
sbb 2 kne mrh dgn nnek..
sbb nk main2..
takpe kena marah..asalkan puas hati kan? haha
Saya pun dulu macam ni jugak. Mak saya yg ajar.. X kirelah kat rumah tetamu ke, kat rumah ke, mesti saya buat mcm nih.. ngee :D
haha..betul2 ..buat kat mana2 je asal bole
selalu masa ngeteh dengan atok aku dulu kat pekan.order milo panas, tak pandai nak order milo tarik ke milo suam ke
yeah..saat yg indah rite bro?
Kata orang, jangan tiup air panas sebab kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
yup...bukan air panas je..air tak panas pun..sebab tu Nabi Muhammad S.A.W tak kasi kita bernafas ketika minum :)
Tapi masa kecik bedal je.. hehe
buat jugak benda nih.kadang2 kalau ada biskut, dan kalau x nak celup2..buh biskut dlm piring tu pun boleh
ingatkan memang tu la caranya kalau nak minum air panas. Siap hairan lagi kalau ada yang hidang air panas tak letak piring.
>..uish rindu gila cara minum macam ni..pada umur berapa nth last buat macam ni pun tak ingat dah..hehe tiba2 rasa nak buang tebiat lak waktu ni nk minum cara ni..
Post a Comment