
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Friday, November 25, 2011
Memori 33
Masa kecil dulu ketika aku baru mengenal nombor, mama selalu tanya aku untuk mengetahui waktu bila beliau memasak di dapur. Tapi aku ketika itu masih keliru dengan sistem minit yang ada pada jam. Jadi mama seperti biasa memberi aku tips agar aku dapat menjawab soalan setiap kali ditanya.
Caranya ialah aku hanya perlu menyatakan jarum pendek menunjuk pada nombor apa dan jarum panjang menunjuk pada nombor apa. Terima kasih kepada mamaku yang bijak seperti sang kancil itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sama la kite !
cool :)
jam adalah tempat aku belajar sifir 5! haha
-shahrin ezzat-
haha.skrg anak aku pun aku ajar camtu.
Post a Comment