
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Wednesday, November 30, 2011
Memori 38
Masa kecil dulu ada sejenis permainan yang selalu aku main bersama kawan kawan. Permainan itu dikenali dengan nama 'main monyet'
Caranya mudah. Cuma perlukan 3 orang pemain dan sebiji bola. Salah seorang perlu duduk di tengah dan kedua pemain lagi membaling bola sesama sendiri sementara pemain yang di tengah harus cuba merampas bola itu. Jika lontaran bola yang dibaling permain pertama dapat ditangkap oleh 'monyet' maka dia pula yang akan mengambil alih tugas sebagai 'monyet' dan begitulah seterusnya.
Pernah pada suatu hari aku bermain di rumah kawan dan menyuruh adiknya untuk menjadi monyet tetapi tiba tiba aku dimarah oleh nenek mereka "berani kau panggil cucu aku monyet ya?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
org kampun sy panggil 'main monkey' (wah.monkey gitu..)..selalunya kalau ada kwn yg lebih kecil (cth mcm adik2 kita yg nak join skali) mesti dorang ni yg kena jd monkey sampai abis main....nak ikut sgt kan?padan muka kena buli.hehehe
adat la tu..budak yg lagi kecik konfem kena jadik monyet punya..hehe
Post a Comment