
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Wednesday, November 23, 2011
Memori 32
Masa kecil dulu bila dengar mama beritahu yang aku tidak lama lagi akan bersekolah aku jadi panik. Sebab aku dari kecil memang sentiasa bersama mama.
Hinggakan aku meletakkan syarat jika mahu aku ke sekolah. Syaratnya ialah mama haruslah menjadi cikgu di sekolah aku itu. Sudah tentulah syarat merepek aku itu tidak ditunaikan dan bersekolahlah aku seorang diri dengan jayanya selepas itu. Alhamdulillah.
p/s- Semasa aku berumur 6 tahun sepatutnya aku masuk ke sekolah tadika tetapi oleh kerana mama kenal seorang cikgu di sebuah sekolah rendah, aku dibantu oleh beliau untuk terus diserapkan ke darjah 1.Maknanya aku memang langsung tiada kenangan bersekolah tadika. Bila tahun seterusnya kawan kawan sekelas naik kedarjah 2. Aku terpaksa duduk di dalam darjah 1 lagi sebab baru berumur 7 tahun. Agak sedih juga ditinggalkan kawan kawan ketika itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sama la kita..memori aku lak, aku desak mama aku setiap pagi teman aku pegi sekolah, duduk sebelah aku, rehat dgn aku..dalam kepala aku ni, satu je aku cuma pk, mama aku tak sayang aku..sbb tu anta pegi sekolah bia jauh dgn dy..btw, aku duduk kat darjah satu 2 tahun mcm ko..haha..
-shahrin ezzat-
parents aku x bagitau pun aku kena ke sekolah... 1st day ke sne mereka suruh aku pakai baju biru (baju rasmi sekolah) kerana nak jalan....
aku bukan main hepi lagi tapi bila sampai ke sekolah... aku menangis x henti-henti... fikir mak bapak nakjual aku kt org lain sbb guru dia tu menakutkan... (pada aku)...
mujurlah sepupu aku ada sne... belaja sme2 dh x igt apa trus
-ina-
saya pun sama... kononnye bosan duduk tadika. haha. disebabkan, umi saya cikgu sekolah rendah, jadi saya dibenarkan. hehe. jadi bila saya betul2 7 tahun, terasa diri ini tersangat OTAI. :D
Post a Comment