
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Sunday, November 13, 2011
Memori 19
Masa kecil dulu aku telah diajar oleh mama untuk membuat sejenis makanan yang sangat sedap. Ketika itu aku rasa itulah makanan yang paling sedap dalam dunia.
Hanya perlu sediakan sebiji asam boi dan sebiji limau kasturi. Caranya mudah ya puan puan ( wah! macam rancangan memasak pula). Mula mula potong limau kasturi tadi dengan penuh kasih sayang dan kemudian sumbat asam boi secukup rasa ke tengah tengah asam boi yang sudah di potong tadi. Tadaaa!! Sudah siap.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya ialah sedut asam boi sumbat limau tadi dengan bersungguh sungguh. (Peh! Terliur pula rasanya)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
pergh kecur air liur aku walaupun takat baca je post ko ni hahahaa
aku yang tulis ni lagi la terliur haha
perghhh!! kecur air liur aku bop!!! aduiii mne plk nak carik asam boi nehhhhh..
asam boi kat kedai2 masih ada jual lagi cik sarah :)
asam boi kat kedai2 masih ada jual lagi cik sarah :)
nikmat asam boi dan limau kasturi sama mcm makan eskrem baskin robin zaman ni. :D
>..hoho tiba2 rasa nak try lak hehe..
ai br je blaja makan bende ni.tu pn kakak opis yg ajar..tp mmg sedappp muahhh
Post a Comment