manusia awesome

Tuesday, November 8, 2011

Memori 7




Masa kecil dulu aku selalu kena marah dengan mama sebab menguap buka mulut besar besar sehingga boleh nampak paru paru aku (maaf aku membesar besarkan cerita)

 " Jangan buka menguap buka mulut besar besar Bop, nanti berebut syaitan masuk mulut" mama takut takutkan aku.

Tapi selalunya bila menguap aku akan lupa pesan mama aku itu dan selepas selesai menguap dengan jayanya baru aku akan teringat.

Jadi bila teringat saja aku terus akan meludah ludah( gaya saja tanpa disertakan air liur ya)
Kononnya mahu keluarkan syaitan yang masuk ke dalam mulut. Bijaklah konon.

2 comments:

Unknown said...

ini aku ada buat jugak hahahaa

Bophairy said...

ramai jugak yg buat benda pelik ni rupanya..haha