
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Tuesday, November 8, 2011
Memori 4
Masa kecil dulu ketika berumur lingkungan dalam 2 tahun aku pernah jatuh dalam perigi. Membuat terjunan tiruk atau balik kuang aku tidak pasti. Sebab aku langsung tiada memori mengenai aku jatuh dalam perigi ini.
Mama aku beberapa kali menceritakan perkara ini pada aku hingga aku tidak pernah lupa akan mengenainya. Di belakang rumah aku dulu ada sebuah perigi terbiar yang hanya ditutupi dengan zink zink buruk. Entah bagaimana ketika mama sedang memasak aku berjaya meloloskan diri dari kawalan dan keluar dari rumah dan akhirnya perjalananku tamat di dalam perigi.
Cerita mamaku lagi, sebaik saja dia jumpa aku dalam perigi itu aku sudah tengelam dan hanya jari kelingkingku saja yang mamaku sempat capai dan menarik aku keluar dari perigi tersebut. Alhamdulillah aku selamat tanpa sebarang kecederaan. Terima kasih mama. Bop sayang mama sangat sangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nasib baik
Post a Comment