manusia awesome

Monday, November 14, 2011

Memori 20

Masa kecil dulu kalau berjalan dengan kawan kawan menuju ke satu tempat pasti akan ada salah seorang dari kami yang tiba tiba berlari sambil menjerit "Siapa lambat dia gila!".

 Apalagi semua pun lintang pukanglah berlari sebab takut menjadi orang yang terakhir dan akan digelar gila. Itu adalah salah satu dari ayat yang digunakan. Sebenarnya ada lagi ayat ayatnya tapi biarlah 1 ayat ini saja jadi contoh. Walaupun aku tahu yang aku tidak akan betul betul jadi gila jika menjadi orang yang terakhir. Tetapi aku tetap akan berlari dengan bersungguh sungguh.


9 comments:

Fakustatik said...

Budak-budak ... HA-HA

Nimbus said...

Memori aku pulak, "Sapa last sekali jadi beruk!" miahahahaa

Bophairy said...

FAKUSTATIK- haha biasak la

NIMBUS- acap..yg sapa lambat dia gila tu salah satu je cap..banyak lagi..berul tu antaranya la..haha

Bophairy said...
This comment has been removed by the author.
Insan Biasa said...

Huaaa, banyaknya perkara yg sama kat sini. Ni pun salah satu jugak, tp saya lah yg paling last biasanya mse kecik2. Skrg kalau org buat mcm tuh, sayalah first~ (saya bru 12 thun..)

Bophairy said...

insan biasa..kau baru umur 12 tahun? membaca dari komen2 kau ingat kau sebaya dgn aku..sungguh matang gayanya :)

Insan Biasa said...

Haha, encik Bop. Keluarga saya sume ckp yg sy nih manja. Tp orang kebanyakkan pula selalu ckp sy matang. Ehehehe~ xD

hAfiZ said...

>..hahaha siapa last dia itu dia ini la, walau cam mana pun masing2 pulun berlari tak nak dapat gelaran pelik2..

punjunk said...

kawan kawan aku semua macam ni..sama gak macam kakak kakaku..huhuhu..time mengaji malam malam..balik sekolah..pastu petang petang balik main..jalan jalan ngan member, bila tiba sesuatu tempat yg dituju..pasti akan cakap..sapa lambat dia gila..huh...nasib aku kaki panjang...hahahah