
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Sunday, November 13, 2011
Memori 18
Masa kecil dulu aku sangat suka melihat orang bermain kasut roda. Perasaan aku pun mula meronta ronta untuk cuba bermain tapi malangnya usaha aku memujuk rayu mama untuk beli tidak berjaya kerana harganya sangatlah mahal pada ketika itu.
Untuk melepaskan gian aku telah membuat satu keputusan drastik dengan mengorbankan kereta mainanku untuk aku jadikan kasut roda. Caranya mudah sahaja. Cuma perlu pijak sahaja kereta kereta mainan itu dan kemudian jalan. Sebenarnya tidaklah sama bermain dengan kasut roda yang sebenar kerana ianya lebih kepada terseret dari bergolek.
Tapi pada ketika itu aku cuba sebaik mungkin meyakinkan diri aku yang aku sedang bermain kasut roda yang sebenar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bnyk sungguh kenangan manis kat sini.. Saya pon buat mcm nih jugak~ :)
ada geng :)
Haha~! >w<
Post a Comment