manusia awesome

Tuesday, November 15, 2011

Memori 22


Masa kecil dulu, ibu bapa mesti marah kalau kita ber'aku', 'kau' dengan kawan kawan. Hingga ada kawan kawan aku yang berkata kepada aku "Bop, mak saya katakan, kalau kita cakap 'aku' nanti kita jadik hantu paku tau" Kata beliau dengan muka yang serius.

 Aku pun percaya sajalah kerana mak dia yang beritahu perkara itu. Masakan orang dewasa mahu menipu. Mereka juga yang menasihati kita supaya jangan menipu kerana menipu itu berdosa.

 Jenuh juga aku cuba membayangkan macamanalah rupa hantu paku itu.


4 comments:

artzam said...

hahaha..samelah gak,kadang2 tue nak kuar malam takut..takut kena paku dengan hantu paku..haha,ceh!!

Bophairy said...

hehe..

Luna said...

legend 'hantu paku' kalau ikut versi kampung aku adalah utk org2 yg x tetap pendirian. contoh nya sekejap kata nak gi kenduri sekejap kata x nak. pastu mesti org kata 'apalah ko ni.hantu paku betul.kejap nak kejap x nak'

cerita asalnya : ada seekor (ke seorang?) hantu paku, keja nya bawak sampan.dalam sampan nya tu ada 2 org puteri.sorang duduk di hujung sorang duduk di pangkal.bila sampai ke destinasi di hulu, dia pun tanya pd penduduk di situ 'Puteri mana yg lebih cantik?' maka penduduk2 di Hulu pun cakap 'Puteri di Hujung...' maka hantu paku pun duduklah dekat2 dgn Puteri di hujung. apabila sampai ke Hilir pula dia bertanya soalan yg sama, penduduk di Hilir pula jwb 'Puteri yg di pangkal..' Hantu Paku pun duduk lah dkt2 puteri di pangkal..maka dari situlah wujudnya istilah 'hantu paku' (menurut cerita mak aku)

hAfiZ said...

>..hahaha betul2, sebab tu dulu waktu kecik2 bahasa kan diri 'saya' takpun 'kami' (yang ni memang salah kaw2 nye)..tapi sekarang ni tak fikir pun pasal hal tu dah, so 'aku' sudaa hehe..