
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Thursday, November 17, 2011
Memori 24
Masa kecil dulu aku amat sakit hati bila tiba tiba perut rasa memulas mulas untuk 'melepaskan hajat' tetapi tandas tiada dalam kawasan terdekat.
Seperti biasa mama aku yang kaya dengan bermacam petua itu telah memberitahu aku satu cara bagaimana mahu membuat rasa memulas mulas itu kurang atau hilang terus. Caranya ialah dengan memegang kepala kemudian menyebut punggung dan selepas itu dengan cepat memegang punggung dan menyebut kepala.
Lakukannya berulang ulang kali dengan konsisten dan penuh yakin sampai anda jumpa dengan tandas yang terdekat.Walaupun dengar seperti tidak logik langsung tetapi selalunya ia berkesan masa aku kecil dulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
mama dan teori2nya
haha betul2..
ni petua nenek saya bagi pulak..tujuannye same.
hujung/bucu baju digulung2kan atau di simpulkan sambil cakap simpul simpul baju tersimpul tahi aku
haha..
pernah berlaku adik aku dah simpul2 baju sampai nak tercekik tapi xjumpe2 tandas..haha..memori..
Post a Comment