
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Tuesday, November 8, 2011
Memori 5
Masa kecil dulu mati mati aku ingat ada orang duduk dalam radio dan television. Walaupun sudah dijelaskan oleh mama yang dalam television dan radio tiada orang, yang ada hanyalah wayar wayar.
Fikir aku mustahil tiada orang di dalamnya. Jika tidak mana datangnya suara dan lagu lagu itu semua? Jadi untuk memastikan yang aku betul, aku selalu mengintai intai di celah celah speaker radio untuk melihat di dalam radio itu dengan harapan akan ternampak orang kenit berkerja di dalamnya. Speaker radio aku dulu jaring jaringnya agak besar dan boleh nampak di bahagian dalam tapi malangnya apa yang aku nampak hanyalah habuk.
Tapi kalau betul betul ada orang kenit dalam radio dan television mesti cool habis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
dulu selalu intai tepi2 tv kot2 lah nampak ape yang xde kat screen tu kannnnn.. hahahhahaha.. kalau tunjuk muka, sebok intai tepi sebelah bawah bawah nk tengok seluar die mcm mane.. hehe..
haha..sama la kita..
ahahhahaha yang nih mmg aku pernah lalu gak....aku siap gi belakang TV nak cek org yg aku tgk kat skrin....ahahhaha
masa arwah Ayah aku nak repair TV, aku lah org yg pertama hadap sbb nak cek tgk kut-kut ada org yg di maksudkan tu...ahahahha
bila tengok takde orang mesti keciwa kan..haha..
masih berpeluang berlakon ala2 `Dunia jam 10` dengan sepupu. Sebab rumah atuk ada tv yang siap ada pintu untuk tutup. Kalau hujung minggu, mmg itu aje lah yang jadi port kitorang.. :)
All those days :)
Post a Comment