
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Friday, November 18, 2011
MEmori 28
Masa kecil dulu mama tidak perlu risau untuk pantau aku bermain di luar walaupun beliau berada di dalam rumah. Ini kerana mama akan tetap tahu aku di mana tanpa perlu melihat.
Jangan salah faham. Mama bukan mutant yang ada superpower cuma aku yang mempunyai suara yang amat nyaring dan pitching yang sangat tinggi. Sudahlah suara nyaring mulut aku pula kuat bercakap ketika bermain, jadi mama akan sentiasa dengar suara aku walaupun beliau membuat kerja di dapur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment