
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Thursday, November 10, 2011
Memori 9
Masa kecil dulu ketika sedang bermain tiba tiba salah satu gigi aku (yang memang longgar) tercabut. Aku jadi panik dan terus berlari pulang ke rumah.
Setibanya di rumah aku terus menuju ke bilik dan mengunci pintu. Mama turut panik melihat kelakuan aku itu. Agak lama dia mengetuk pintu bertanya ingin tahu apa yang terjadi. Pada ketika itu aku rasa diriku sudah cacat kerana hilang satu gigi. Apabila aku sudah keluar bilik aku terus minta mama untuk buatkan aku gigi palsu. Mula mula mama tercengang kemudian dia mengelakkan aku tanpa segan silu sambil berkata "Nanti gigi Bop akan tumbuh lagilah"
Wah! Tiba tiba aku rasa dunia kembali indah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kesian ko time ni bop hahahaa
kannnn.. haha
hahahahahahaaa.. ko ni mmg imaginasi tinggi bop!
haha..naive kan kita masa budak2 ni? ihihi
Post a Comment