manusia awesome

Thursday, November 10, 2011

Memori 9


Masa kecil dulu ketika sedang bermain tiba tiba salah satu gigi aku (yang memang longgar) tercabut. Aku jadi panik dan  terus berlari pulang ke rumah.

 Setibanya di rumah aku terus menuju ke bilik dan mengunci pintu. Mama turut panik melihat kelakuan aku itu. Agak lama dia mengetuk pintu bertanya ingin tahu apa yang terjadi. Pada ketika itu aku rasa diriku sudah cacat kerana hilang satu gigi. Apabila aku sudah keluar bilik aku terus minta mama untuk buatkan aku gigi palsu. Mula mula mama tercengang kemudian dia mengelakkan aku tanpa segan silu sambil berkata "Nanti gigi Bop akan tumbuh lagilah"

Wah! Tiba tiba aku rasa dunia kembali indah

4 comments:

Unknown said...

kesian ko time ni bop hahahaa

Bophairy said...

kannnn.. haha

sarahStudio - GraphicDesign said...

hahahahahahaaa.. ko ni mmg imaginasi tinggi bop!

ainzoo said...

haha..naive kan kita masa budak2 ni? ihihi