
Assalamualaikum. Masa kecil dulu mesti macam macam perkara yang kelakar, pelik, seronok, cool, awesome, menakutkan, sedih dan macam macam lagi yang pernah terjadi dalam hidup anda semua. Baiklah dalam blog 'masa kecil dulu' ini aku akan berkongsi segala macam kepelikkan,ketidakpandaian,kelurus bendulan, kebenaran dan kejujuran yang aku masih ingat semasa aku kecil dulu. Insya Allah. Kepada yang hidup sezaman dengan aku mungkin akan lebih faham apa yang aku ceritakan dan bakal aku ceritakan.
manusia awesome
Friday, November 25, 2011
Memori 34
Masa kecil dulu jika aku menonton sukan yang mempunyai 2 pihak yang berlawanan aku akan bertanya mama pasukan mana baik dan pasukan mana jahat. Tidak kiralah sukan bolesepak atau sukan badminton sekalipun . Jenuhlah mama hendak menjawab soalan soalan 'bijak' dari aku itu.
Mungkin idea soalan ini bertitik tolak dari terdengar perbualan orang dewasa ketika mereka menonton sukan gusti WWF (sekarang WWE). Jadi aku kira semua sukan ada pasukan baik dan pasukan jahat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
huh...adik bongsu saya pelik sikit, dia suka tanya..."..siapa mati?" puaslah nak jawab hinggalah jumpa satu cerita seram dari Thailand..."cerita ni, semua orang mati. Ha! puas hati?" lepas cerita tu, dia tak tanya dah soalan tu.
haha..lawak2
Post a Comment