manusia awesome

Monday, November 7, 2011

Memori 1

Assalamualaikum. Salam perkenalan. Nama aku Mohd Hairy bin Baharum atau lebih dikenali dengan nama Bophairy. Jadi mari aku mulakan 'Masa kecil dulu' dengan memori yang ini


Masa kecil dulu sebelum tidur adalah kewajipan untuk aku makan biskut lemak/biskut kering yang bersaiz kecil dan direndam ke dalam air milo panas. Masa itu aku rasa itulah benda paling lazat dalam dunia. Sekarang ini tidak pasti masih wujud lagi atau tidak biskut jenis ini. Rugilah kalau tidak ada, kerana ianya sangat sedap.

(Sekarang pun aku masih mengamal cara hidup makan biskut lemak dengan air panas. Cuma biskutnya lebih besar dan airnya bergilir gilir antara kopi dan milo. Ikut mood aku)

14 comments:

artzam said...

hohoho..samelah memori kte,sampai sekarang wat jugak..yum..yum..

Bophairy said...

haha betul tu..amalan diteruskan

Nur Khairiyah Munit said...

ehh2 ingat saya sorang je buat camtu.huahua.best best! ^^,

Bophairy said...

ramai rupanya geng makan biskut hehe

notorious_kill-joy said...

sambil-sambil, makan sesudu-dua serbuk milo (rancangan bersama kakak-kakak) hehehe~

Bophairy said...

cerita makan milo tu pun akan dibuat jugak nanti :D

Insan Biasa said...

WAH! Samelah kita! Cuma saya guna air teh masa tuh sebab saya mmg sukakn air teh.. :)

Bophairy said...

uih! kecik2 dah minum air teh? kembung perut kang haha

Insan Biasa said...

Uish, xdelah encik Bop. Beragak-agaklah masa minum tuh.. Ehehe~ xD

Bersih Dan Hias Hati dan Minda said...

biskut itu masih ada kalau kot. ada member panggil biskut mayat. keras sikit dr biskut lemak tapi puas bila memakannya. masa kecil, saya merupakan suspek tetap setiap kali ada bunyi tin biskut dibuka. soroklah kat mana pun tin tu, saya tetap akan jumpa.

syazamnawawi93 said...

amalan nie still dilakukan oleh housemate sy

Hilal Najmi said...

same la

menu said...

aku lak pecahkan bikut kat mangkuk, buh air teh suam pastu letak 2 3 sudu susu nespray...feveret gua nii.,..la ni buat lagi smpi anak2 pun ada yg suka n ada yg geli...hahahahaha

hazifah said...

beskot btk kiub²?
wjud lagi...kalo terasa nk rendam beskot kecik² lam Milo, sila ler beli beskot cap Azan *promosi~* hahaha

p/s: btw, nice blog~~ :)

p/p/s/s:....ini bophairy, lam iKLan gengster tu kah? kwn AmanWan