manusia awesome

Thursday, November 17, 2011

Memori 26

Masa kecil dulu, ketika aku berumur sekitar 5 tahun agak banyak juga animasi dari jepun yang dialih bahasa  kebahasa melayu dimainkan di tv.

 Ketika itu aku berasa sangat kagum. Bukan kagum dengan cerita dalam animasi itu tetapi aku kagum kerana pada masa itu aku fikirkan yang animasi itu semua ialah hasil dari produksi Malaysia kerana ia berbahasa melayu. Untuk minta kepastian tiada tempat untuk aku rujuk. Bukan seperti zaman sekarang semua boleh digoogle.

Tanya pada mama pun beliau bukan ambil tahu pun mengenai animasi ini semua. Jadi untuk beberapa ketika aku pun terus mengagumi 'animasi Malaysia' itu.

3 comments:

notorious_kill-joy said...

Tomatoman!!!!! masih adakah yg tahu?

Bophairy said...

tahu...tapi masa saya 5 tahun takde anime tu

Luna said...

haha.aku pun pk begitu.kartun yg paling minat ialah mobidick.tomatoman adalah pd tahun 1995-1996