manusia awesome

Monday, November 7, 2011

Memori 3



Masa kecil dulu aku suka sangat menonton cerita aksi hingga aku turut membuat aksi sendiri di ruang tamu rumah aku. Minda kreatif muda aku ketika itu menyuruh aku menyusun kusyen kusyen sofa rotan (sofa jenis ini sangat top dulu). Apabila sudah disusun aku pun dengan lagak seorang 'action hero' pun melompatlah berulang ulang kali dengan pelbagai gaya bebas yang pada aku sudah cukup 'cool' pada masa itu. Bila fikir balik agak bahaya juga lagak ngeri yang aku buat ketika itu. Mujurlah aku tidak melambung balik dan melekat ke dinding.

10 comments:

misz sempoi said...

haaa. yang ni aku main.. siap buat terowong bagai..

Katon Aqhari said...

ahahahahahha betul2.....mmg lalu gak benda nih...ahahahhahaha

Bophairy said...

MISZ-iya la..lupa pulak nak cerita part buat terowong tu

KATON- rupanya kita semua sudha jadi stuntman sejak kecik yek..haha

notorious_kill-joy said...

rasanya budak-budak zaman tak ada computer ni memang kreatif mencipta permainan sendiri..haha..teringat masa kecil

Bophairy said...

yup! setuju..dulu banyak bergantung pada imagisai sendiri..generasi sekarang imaginasi telah disuap kepada mereka :)

Amin Ehqal said...

best btul zaman kanak2! :Dhaha

Bophairy said...

sangat best

Unknown said...

terowong! hahaha aku pon buat

sarahStudio - GraphicDesign said...

hehehe.. aku pun buat gak.. susun kusyen pastu lompat!!! yeyy..

menu said...

hahah...aksi sommersault dulu2 popular beb...aku buat sampi tergolek...kopak dindin bilik mak aku