manusia awesome

Saturday, November 26, 2011

Memori 35


Masa kecil dulu antara permainan yang paling best ialah kapal terbang kertas atau lebih dikenali dengan panggilan 'roket' oleh aku dan kawan kawan. Ada dua jenis roket. Satu jenis yang agak tirus dan panjang dan satu lagi sayapnya lebih lebar.

 Sayap yang lebih lebar itu penerbangannya lebih akrobatik dan hebat. Seperti biasa mamalah yang menjadi cikgu mengajar aku membuat kapal terbang kertas ini.
Semasa bermain roket ini kami juga ada satu kepercayaan karut  yang telah diperturunkan kepada kami oleh orang orang terdahulu.

Kepercayaannya ialah, jika mahu roket anda terbang tinggi kita perlu meletakkan muncung roket tersebut di depan mulut yang ternganga dan kemudian hebuskan nafas dalam 2 atau 3 kali. Selepas itu balinglah dengan sekuat hati ke udara.

11 comments:

notorious_kill-joy said...

owh~ lain pula masa aku dulu...tiup bahagian ekor kalau nak bagi laju..hehe~

Anonymous said...

aku lak, roket tu siap koyakkan sikit kat sayap belakang dy..konon aerodinamik la..hahaha..pergi takjauh mana pun..hahahha..

ainzoo said...

heheh...
sama la dgn saya masa kekecik ...bukan setakat koyat kat sayap belakang, sayap kiri kanan tu pun siap gulung2kan sikit dengan pensel ..alasan? aerodinamik jugak la...(Kecik2 pun dh praktikkan ilmu fizik.. hihihi..ala2 science at the backyard la jugak..)

Unknown said...

dlu time kecik2 aku selalu buat bnda ni ngan kwn smpi kena marah ngan mak buku sekolah makin nipis kena koyak jer.. hahahaha

wargadunia said...

Nak bagi roket terbang lancar, koyak ekor roket, pastu tiup. ha ha ha macam-macam

Luna said...

aha.budak lelaki kelas aku pun guna kaedah koyak sikit kat belakang tu.pastu lukis2 sikit la konon dia punya lambang..


p/s ; dulu penah x main kad terup yg ada gambar kereta dan spesifikasi nya.contoh mcm '10000cc' so sapa yg kuasa keretanya 8000cc akan kalah la

hAfiZ said...

>..hehehe tak sangka waktu kita kecik2 dlu memang keadaan nye hampir sama..kalau budak2 sekarang ni mungkin tak ada dah kot benda2 camni, main kapal terbang RC je la dorang tu..

Bophairy said...

haha..next entry ni memang aku nak buat cerita pasal koyak sikit dengan gulung sayap tu..hehe..

hafiz- yup..nampaknya gitu la..mungkin budak2 sekarang lebih teknikal..kita dulu lebih imaginasi..

ainzoo said...

Luna:
Saya ada main kad tu..gambar keta racing la, kapal laut perang la, keta tank la.

Daun terup yang main tepuk2 kat lantai pun ada gak.. eheh

Main anak patung kertas yang tukar2 baju tu pun sempat gak (xde nya nk ber Barbie2 tu..eheh)

Ima Delisha said...

"Kakak... Buatkan aeroplane."
Tu la dulu² adeq slalu minta saya buatkn..
Skrg pun da umur cecah 24 tahun.. Bila bosan buat jugak.. Terbangkan ke bwh blok... Sangkut kat pokok je kita nyanyi,
"Kapal terbang, kapal terbang,
Tersangkut, tersangkut.
Jatuh dlm longkang, jatuh dlm longkang,
Meletup.. Meletup.."

Bophairy said...

haha comel je lagu