manusia awesome

Monday, November 28, 2011

Memori 36


Masa kecil dulu selain menghembus ke muncung kapal terbang kertas/roket untuk membuatnya terbang tinggi aku dan kawan kawan juga ada cara lain yang lebih genius kononnya.

 Caranya ialah dengan membuat modifikasi pada roket kami itu. Cara yang pertama ialah dengan mengoyak sedikit pada bahagian belakang roket dan kemudian naikkannya ke atas. Cara kedua pula ialah dengan melipat sedikit pada sayap roket. Cara ketiga ialah kegemaran aku. Mudah saja. Ambil pensil atau pen dan kemudian gulungkan sedikit pada sayap roket.

 Apabila sudah siap digulung balinglah ke udara dengan bersungguh sungguh. Anda pasti akan gembira melihat roket itu membelah udara dengan pelbagai gaya bebas.

4 comments:

ainzoo said...

ye betui... itulah step2 yg saya buat. Kecik2 dh praktikkan ilmu fizik... kreatifkan pemikiran budak2 ? :)

Bophairy said...

yup sangat kreatif generasi kita :)

ParkAir said...

teringat time darjah 1 dulu, kalau nak wat concorde muncung kena bengkok ke bawah..

Bophairy said...

Parkair, aku mcm ingat2 lupa psl tu..rasa mcm pernah buat jugak tu