manusia awesome

Wednesday, November 30, 2011

Memori 37


Masa kecil dulu jika mama mahu buat Milo panas untuk aku, pasti aku akan menyibuk sama di dapur. Bukan sebab mahu tolong tetapi sebab aku mahu 'cukai' mama  serbuk Milo.

Setiap kali buat air Milo sudu yang terakhir itu serbuk Milo-nya bukan masuk ke dalam gelas tetapi masuk ke dalam mulut aku. Meratah Milo memang sangat lazat dan tidak menjemukan. buktinya sehingga aku sudah mempunyai 2 orang anak pun aku masih mengamalkannya.

10 comments:

ainzoo said...

aku ngan adik ngan sepupu wat komplot macam tu setiap hujung minggu. ada `team` yg ditugaskan untuk dptkn bekalan Milo. &ada `team` yg ditugaskan curi bekalan `horlicks`. meeting point: belakang kolah uma atuk (every week, semua ahli keluarga akan bkumpul kat rumah atuk).

so sementara pakcik2 & makcik berborak2 secara orang dewasa (kan budak2 kecik dilarang sampuk @ dgr2 pbualan org2 tua kan?), kami semua buat aktiviti rahsia sesama sepupu yg semuanya hampir sebaya..ada yang makan milo, ada yg makan horlicks, ada jugak yang campur milo+horlicks..

rasanya? memang hehap...kui kui kui

Anonymous said...

teringat pula mse kecik dulu.... kes lebih kurang sme tapi ada bezanya.... bezanya asl ada milo.... hampir satu adik-beradik aku meratah milo sme2 sambil tengok kartun...

melepas peluang org dewasa nak buat air milo sampai nenek erpaksa bekalan milo yang ada heheh...

Unknown said...

mak aku selalu letak tin milo kat tempat2 yg berlainan setiap kali, kdg2 dlm tong beras gara2 aku suka bukak tutup tin milo selagi milo tak habis....

Bophairy said...

ainzoo- peh jenahay terancang namanya tu..

anonymous-peh! sebulan berapa kilo stok milo ko ye

Faiz-haha dalam tong beras sampai..dah macam nak sorok radio masa perang jepun dulu..

notorious_kill-joy said...

yeah!!!!! *kt hostel pkai 3 in 1..dah x leh buat dah..tp dok pow milo mmber...wakakakakak*

kaki-warung said...

hahaha, sama lar bro. Tapi aku lagi suka buat biskut milo, caranya tuang sebuk milo tu dalam cawan dalam setengah inci tinggi, kemudian biarkan terdedah selama 1/2 hari. bila dah kena angin dia jadik keras. keluarkan dari cawan, makan cam biskut.hahaha

Anonymous said...

tak masuk angin kaki-warung? kalo buat camtu alamatnya satu rumah trus tukar gaya 'menikmati' milo itu

Bophairy said...

uik..tak keras ke kau makan kaki warung?

smalq said...

budak-budak kecil zaman dulu, bila meratah milo, mana tahu nak minum air masak banyak-banyak.dgn tin milo di tangan kiri, cedok punya cedok sambil nengok tv, sampai separuh tin baru berenti.kifarahnya(dendanya), nanti malam atau bila-bila masa tergerak nk buang air besar,nk qodo' hajat, sukarnya bukan kepalang.ha, baru padan dengan muka sendiri.di telinga,terngiang-ngiang tangisan meminta bantuan, nak ketawa kuat-kuat tapi tak sampai hati,mengenang kejahilan di zaman kanak-kanak sebelum 90-an.pengajarannya, kanak-kanak mesti diajar wasatiah atau bersederhana dlm bab yang seperti ini.Terlebih sangat, mudarat jadinya.Terkurang sangat, dikhuatiri anak itu tak mencapai hajatnya.Jadi,Ibu bapa perlu sentiasa berwaspada dn sentiasa menasihati anak-anak ke arah kebaikan.

dariilhamkehati said...

hehehe , btol3 , sonok prgai cenggini ~ hehehe, ank da dua ek , adew ta ank bwt pngai gitu gak ? hehehe