manusia awesome

Tuesday, November 8, 2011

Memori 6


Masa kecil dulu Spider-man adalah antara superhero yang aku rasa paling cool kerana selain animasi dan komik dia juga telah dijadikan siri tv (live action). Oleh kerana aku mengidam baju a.k.a costume Spider-man tidak dapat kerana harganya sangatlah mahal untuk keluarga sederhana macam aku pada ketika itu, maka terhasillah topeng Spiderman DIY ciptaan aku.

Bagaimana caranya? Dapatkan alas meja yang berupa jaring jaring (tak tau la sekarang orang guna lagi ke tak?) dan kaca mata hitam.

Kemudian pakai kacamata itu dan disusuli dengan memakai jaring alas meja tadi di seluruh kepala dan muka anda. Tadaa!! Terhasillah topeng Spider-man DIY yang pada aku sudah sangat cool pada tika itu.
(sebenarnya tak best langsung)


2 comments:

~Queen Q~ said...

kite pakai uncang bawang @ kentang tu je.. dapat yang balut buah pear tu pn dah cukup seronok.

Bophairy said...

hehe lagi senang pakai uncang yek..main sarung je :)